My precious journey: Part three

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam Maulidur Rasul 1437H to all Muslims!


Assalammualaikum. Bertemu kembali kita dalam bahagiaannnnn tiga! 
Baik, tak ingatlah dah malam ke berapa kat Makkah masa tu (sorry) kitorang pergi Jabal Nur ataupun dikenali sebagai Bukit yang Bercahaya. Kenapa? Sebab diterangi dengan cahaya bulan :)

Ceritanya masih lagi tentang di Makkah. Jangan bosan ya? Tempat sejarah ni gaisss. Tapi sebelum tu, mohon baca dari Part one dulu la ek? Baru feel tu ada baru umph! hahaha

A long long long time ago, our beloved Prophet Muhammad (pbuh) went to Jabal Nur. Untuk apa?
Baginda mahu menyembunyikan diri, mengasingkan diri. Dari siapa? Kenapa? Haa cuba rajin-rajinkan diri google sikit kisah Nabi Muhammad (saw) kita ni.



45 minit jugak nak naik puncak Jabal Nur ni and the view sangat-sangat cantik! Hilang penat mendaki tu. Lagi satu bangga jugak la dengan sendiri sebab mendaki pakai jubah hahaha and at the same time, dapat rasa pengorbanan Siti Khadijah dulu yang berumur 55 tahun masa tu turun naik hantar makanan untuk Nabi Muhammad (saw). Takkan kita yang masih muda ni nak mengaku kalah kan? 



Alhamdulillah.. berjaya sampai ke Gua Hira. Kecik je gua ni. Kalau orang kita ni muat la 3 orang masuk huhu. 

Okay la cukup la untuk hari ni. Jumpa kat part four pulak.
Salam Maulidur Rasul.